Tuesday, November 19, 2013

Aku seorang hamba? Yup,  aku memang seorang hamba. Bukan aku sahaja, malah kalian juga seorang hamba. Hamba kepada siapa ? Hamba kepada Tuhan Yang Esa. Siapakah Dia? Dia ialah  Allah yang satu yang tidak ta’addudun (  تعدد   ) berbilang-bilang tidak pula mempunyai anak dan tidak pula diperanakkan oleh sesiapa. Dia sememangnya tunggal dari sejak azali kini dan abadan abada. Kerana apa? Kerana Dialah yang terAWAL dan Dia juga yang terAKHIR.   Tiada siapa yang mendahuluinya dan tiada siapa yang mengakhirinya. Tak percaya?  sila buka mukjizat maknawi baginda SAW iaitu  القرءان الكريم dalam surah ke 57 ayat tiga yang berbunyi:
                            

                                   ‘هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ


Dialah yang awal dan akhir, tiada siapa yang boleh menafikannya. Kita hanya hamba yang hina penuh khilaf dan dosa. Sedarlah! tanpa Dia,  aku dan kalian tidak akan merasai nikmat oksigen yang free of cas yakni bernyawa dengan sendiri tanpa bantuanNya yang tidak boleh dijual beli di muka bumi yang zahir serta batin ini. Mengapa kita maujud di muka bumi yang realiti ini? Kerana sudah tertulis dalam surah ke 51 ayat 56 yang membawa maksud  ‘ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.’

Inilah tugas atau amanah yang datangnya dari Allah untuk kita semua yang bergelar makhluk yang berakal yakni manusia sebagai hamba Allah yang wajib mengabdikan diri kepada Allah sekaligus mencari redhaNya sebagai Tuhan Yang Esa yang bersifat qodim. Wallahua’lam, yang baik itudatangnya dari Allah dan yang kurang baik itu datangnya dari Allah juga disandarkan kepada diriku yang penuh khilaf dan dosa. Moga bermanfaat, in shaa Allah Takbir! Daulatkan ISLAM anda selamat